Mudah Sabah- laman bisnes online terbesar dan anda mungkin mangsa penipuan
Memang tidak dinafikan bisnes online di Mudah Sabah mempunyai pengunjung yang terbesar. Sudah banyak kes penipuan atau scam dalam bisnes online yang berlaku di laman web mudah.my . Seperti yang tersedia maklum laman web www.mudah.my merupakan lamat web untuk membeli belah dan bisnes online yang terbesar di Malaysia dari barang sekecil-kecil kancing baju melayu sehinggalah ke sebesar-besar bangunan bertingkat-tingkat. Ketahui bagaimana scammers atau penipu-penipu ini membuat modus operandi penipuan dan anda sebagai orang yang mengunjungi mudah sabah mungkin akan menjadi mangsa bisnes online mereka.
Siapa saya dalam dunia bisnes online? Saya merupakan seorang pembeli/penjual barangan di portal-portal online seperti di mudah.my , lelong dan saya juga menjual dan membeli di portal-portal antarabangsa seperti di eBay dan Amazon. Sebagai orang yang dah berkecimpung dalam perniagaan internet hampir 3 tahun, banyak pengalaman yang telah mendewasakan saya. Saya juga pernah ditipu dalam bisnes online apabila barang yang saya tempah tidak sampai dan penjual tersebut melarikan diri. Hasil sedikit sebanyak ilmu yang saya ada tak salah saya kongsikan dengan pengunjung mudah sabah semoga kita semua terselamat dari kes penipuan dalam dunia bisnes online yang penuh onak dan duri.
Statistik penipuan dalam bisnes online Malaysia
Kalau kita tengok statistic 2011 lebih 1200 kes berhubung kes penipuan yang melibatkan urusan perniagaan atau bisnes online telah berlaku dengan anggaran kerugian hampir RM 3 Juta dan hampir 60% daripada 1200 kes tersebut berlaku di mudah.my. Mudah sabah mempunyai pelawat paling ramai dan bagi penjual yang tidak jujur ni, menjual di mudah sabah ini semestinya objektif dalam bisnes online mereka. Menurut Penolong Ketua Urus Setia Ketua PolisNegara (Perhubungan Awam), Assistant Commissioner Ramli Mohamed Yoosuf, kebiasaan daripada kes ini, si penipu biasanya akan mengiklan barang dengan harga yang amat murah dan berurusan dengan pelanggan melalui email dan telefon. Mangsa hanya menyedari ditipu apabila barang yang dibeli tidak sampai. Menurut sumber lagi, statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah penipuan dalam bisnes online terutamanya di mudah.my sebanyak 50% sejak tahun 2009 sehingga 2011. Jom tengok video di bawah tentang modus operadi kebanyakan jenayah siber.
Video modus operandi jenayah siber dalam bisnes online
Keselamatan membeli di mudah sabah
Untuk pengetahuan anda saya amat jarang membeli di portal mudah.my kerana system keselamatan dari segi pembayaran adalah tidak selamat berbanding dengan ebay atau pon amazon yang mempunyai polisi “Buyer Protection”. Walaubagaimanapun saya masih melawat ke portal mudah.my atau mudah sabah hanya untuk membuat kajian pasaran bagi bisnes online saya. Pernah terjadi pada saya di ebay apabila barang saya order tidak sampai2. Tidak seperti di mudah, memandangkan pembayaran di eBay dibuat melalui paypal saya hanya perlu melaporkan tentang kes tersebut kepada ebay/paypal dan Alhamdulillah duit saya dikembalikan dan penjual tersebut terus dibanned oleh ebay untuk meneruskan bisnes online nya.
Cara orang ber bisnes online buat listing di Mudah
Di mudah.my atau pun mudah sabah biasanya penjual akan membuat listing (seperti di video atas) dengan paparkan gambar produk/servis dan juga menulis diskripsi. Apabila anda berminat anda hanya kol penjual untuk proses tawar-menawar dan sekiranya persetujuan dicapai anda akan bankin duit melalui bank tempatan. Pernahkah anda terfikir apa akan terjadi sekiranya penjual itu tidak menghantar barang atau barang yang dihantar tidak sama serperti diskripsi jualan? Di mudah.my tiada polisi buyer protection seperti di ebay. Segala risiko bisnes online dan transaksi penjualan terletak diatas kepala anda sendiri. Kalau membeli di mudah.my anda perlu skeptical ! Atau dengan kata lain jangan mudah percaya kalau tidak anda akan mudah ditipu apabila ber bisnes online di mudah sabah. Untuk keterangan lanjut bagaimana nak membeli dengan selamat online, saya cadangkan membaca entry ini yang bertajuk tips membeli di mudah.my dengan selamat.

